Welcome to my sweetie cabin. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Espressione



shira kembali
Sunday, April 1, 2012 | 0 comment(s)

assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang dihormati lagi disegani. 

sudah beribu hari saya tidak mengemaskini post saya. maaflah , bukannya sengaja . setiap kali mahu menaip dan berbicara bersama papan kekunci ini , pasti sahaja ada yang datang mengganggu . ayat nak masyuk jer shira ni. konon dia sibuk mengalahkan perdana menteri. padahal rakyat biasa jer pun .  hee , jadi , sudah masuk bulan empat hari ini bagi seluruh kawasan dunia yang dipanggil bumi. banyak benda yang terjadi sepanjang tiga bulan ini . gadoh-gadoh , goda-goda . okay , tipu jer . tipu jer laa , jangan percaya eh .

sebelum tuu kan , shira nak cerita ni , shira sebenarnya dah nak masuk umur tujuh puluh satu tahun . erm , tolak lima puluh satu tambah tiga tolak enam . berapa semuanya ?  yeayy , tujuh belas tahun kesemuanya . pandai anak-anak mak awak semua ni. mesti bangga ,sejuk perut ibu mengandung . ehh , saya kan banyak sungguh pengalaman tahun ni , iye lah , buat muffin , masak mee goreng bersama chef syl , dan banyak lagi . baru-baru ni , iaitu beberapa hari yang lepas saya menyertai pesta pantun bersama rakan-rakan seperjuangan saya iaitu fiqa , ean , jannah dan tasya. sila tepuk tangan kepada mereka kerana telah berjaya membawa nama sekolah . lagi-lagi fiqa , untung laa dah pernah ada pengalaman . hee . shira ? sebagai simpanan sahaja . macam malu jer tak buat apa-apa . dah diberi tugas macam tu , jadi macam tuu jer laa kan. jutaan terima kasih kepada cikgu ain kerana memilih kami , disamping dapat menambahkan pengalaman yang sedia ada ini. bak orang kata , jauh pemandangan , luas pengalaman . eh , betul ker ? tibai jer laa. hee

tahun ni kan , shira gedik sikit ouh. bukan sikit tapi banyak . banyak sampai tak boleh kira dengan jari . guna calculator ? mungkin dapat kuasa cube root. ean pun pernah memberitahu , shira , kau ni obses laa dengan dia. hee, nampak sangat yang macam kau gila-gila kat dia. nak buat macam mana , hati ini sudah terlekat pada si dia , urmm , i try to change myself . don't worry kawan-kawan . saya pun tak nak sedih jikalau nanti frust menonggeng . redha jer menghadapi kenyataan . jadi , sekarang saya belajar mengharungi liku-liku hidup . belajar untuk menjadi pelajar yang berjaya . cemburu laa dengan senior - senior yang dapat markah bapak gila cemerlang . saya pun berhasrat ingin menjadi seperti mereka . chaiyok shira ! saya nak buktikan kepada mak , ayah yang anak diorang ni pun boleh berjaya seperti orang lain .


oleh itu , demi mencapai cita-cita saya yang tidak dapat dikenal pasti lagi , saya ingin memaklumkan bahawa selepas ini , kerja sekolah saya akan siap sepenuhnya. tiada longkang-longkang lagi . saya juga akan membuat  study sendiri . hee . tiada lagi istilah main-main . lagipun sekarang ni  , saya sudah nampak kebangkitan pelajar lelaki yang dulunya selalu bermain-main di dalam kelas . sekarang sudah mula rajin belajar . takut oh ! markah diorang pun sudah melebihi markah saya . jadi , saya akan menguatkan  semangat untuk terus belajar dan belajar . target untuk peperiksaan pertengahan tahun nanti , ialah TIADA GAGAL LAGI . insyaAllah , saya akan belajar bersungguh-sungguh . majulah shira untuk keluarga. hee . senyum selalu :p

target sijil peperiksaan malaysia 2012 , straight 10A+. chaiyok shira ! chaiyok kawan-kawan . biar target tinggi nanti pun usaha tinggi juga. 




Older Post . Newer Post