Kawasaki Ninja 5
Friday, December 2, 2011 | 0 comment(s)
Melangkah masuk ke perkarangan kondominium Cyberview. Hatinya sebak bagai dihiris-hiris dengan parang dan ditambah pula dengan bawang merah tatkala melihat sebuah picanto tadi. Dia teringatkan Haikal.''Eh , kenapa banyak kasut ni? Ahh, sudah'', pelbagai persoalan menerjah masuk ke dalam fikiran Sha.
''Assalammualaikum, mama '' dengan nada yang curiga. Dia menjenguk-jenguk ke dalam rumahnya.
''Hah ! anak mama ni dah balik pun. Mama ada surprise''.Mama berdiri di muka pintu.Ramai orang didalam rumahnya.
''Surprise apa mama? Ehem , mama tak nak bagi Sha masuk dulu eh.Hee ''.Sha tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.Sangat busuk.
''Sha !Ingat auntie lagi tak? Kali ni kan , auntie bawak rombongan datang nak meminang Sha. Alar, untuk anak lelaki yang auntie cakap minggu lepas''. Puan Sri Balqis mencelah.
''Apa dia ! ''.Matanya berpinar-pinar dan kepalanya terasa kosong.Lalu dia rebah jatuh menyembah bumi.
* * * * *
''Sha ! Sha dah sedar sayang?'' dahi mamanya berkedut seribu.
Dia perlahan-lahan membuka matanya. Mama berada di sisi katilnya.Kepalanya berasa sakit mungkin kerana terhantuk kuat di lantai tadi.
''Sha sayang, anak mama ni okey ke tidak''.
Dia menganggukkan kepalanya.Lalu bersandar di katilnya. ''Auntie Qis mana mama?Hurm ,kenapa mama tak bagitahu Sha dulu?'' , dengan nadanya yang sedih bercampur baur dengan merajuk.
''Dia baru saja balik tadi Sha.Kalau lah mama bagitahu awal-awal,mesti Sha tak setuju kan. Sha kan degil''.
''Tapi , kalau papa ada mesti dia tak paksa Sha kan mama''.
Puan Sri Sara menangis , terkenangkan arwah suaminya yang telah lama pergi menghadap Ilahi.
''Mama , maafkan Sha ,mama.Sha tak berniat nak sakitkan hati mama''.
Anak-beranak itu berpelukan dan menangis teresak-esak.
''Maafkan mama juga Sha''.
''Ma , lepas ni , Sha akan ikut segala suruhan mama.Sha tahu mama buat semua ni untuk kebahagiaan Sha juga.Jangan risau ya mama'',dia menuturkan katanya walaupun hatinya tidak berapa rela.Demi mamanya tercinta , dia sanggup.
''Haikal , maafkan saya sayang''.
Bersambung...