Welcome to my sweetie cabin. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Espressione



Kawasaki Ninja 2
Friday, December 2, 2011 | 0 comment(s)
''Ah , asal tak boleh tido ni ''.Haikal mengusutkan rambutnya. ''Hah!''.Idea jahatnya muncul.


Beep beep.


Iphone touch berbunyi menandakan mesej masuk.
"Makhluk asing manalah yang mengacau ni , ish ''. Sha bangun dengan malasnya.Dia memandang ke arah jam dindingnya dengan separa terbuka.


''Gila !Baru pukul 3 pagi''.Biji matanya bagaikan nak terkeluar.


From +0123....
Morning , sha free tak hari ni ? Jom keluar makan sama-sama .Sye belanja. Sorry ganggu pagi-pagi .-Haikal- 


Sha membaca berulang-ulang kali seakan akan tidak percaya.Dia tersengih-sengih seorang diri bagaikan kerang busuk .Dia membalas..


To +0123...
Gila! Ingatkan tak tahu pagi petang siang malam tadi.Haha.Kacau orang buat taik mata jee.Okay ,lepas maghrib jumpa dekat Lake Valley .Saya tak ada transport.You pick me lah . Okay,see you.Gudnite n morning.


Haikal gembira dan berguling-guling di katilnya dengan perasaan yang berbunga-bunga . Puteri Nur Sharleena dirasakan bagai telah mencuri sekeping hatinya sejak pertemuan pertama. Dia tidur dengan senyuman dan hanyut dibuai mimpi indah.


  *       *       *      *      *      *      *

7.45 malam . Sebuah picanto berwarna turqoise datang menghampiri Sha. Pemandunya membuka pintu keretanya dan keluar , 

''Sorry, lambat . Jalan jam lah, Jom masuk''. Haikal membukakan pintu keretanya untuk Sha.

''So sweet , awak dimaafkan.Thank you Haikal'',Sha tersenyum lebar.

''Sha , awak nak makan dekat mana?'',Haikal menuturkan bicara setelah 20 minit perjalanan.

''Erm , tak tahu laa. Saya baru pindah dekat sini . Jadi masih dalam kenal pasti kawasan-kawasan dekat sini lah''.

''Oh , kalau macam tuh saya bawa awak pergi makan pasta dekat restoran Itali. Makanan die pun sedap gerenti halal ''.Haikal menerangkan dengan panjang lebar.

Sampai di restoran itu , mereka mencari tempat parking dan mendapat tempat di seberang jalan restoran La Sfera itu.Tatkala ingin melintas, Sha terlihat sebuah kereta meluncur laju dan seperti sengaja ingin merempuh Haikal.

''Haikal ! '', Sha menarik tangan Haikal dan mereka jatuh berguling-guling di tepi jalan.Badan Haikal menghempap Sha . Mata bertentang mata selama 2 minit.

 Dup dap dup dap.

 Sha mengalihkan pandangannya ke tepi jalan . 

''Haikal , boleh tak awak bangun.Kempis laa badan saya kalau berterusan macam ni,'' Sha bercakap dengan selamba.

''Sorry , sorry . Saya tak berniat pun nak ambil kesempatan dekat awak'',Haikal bangun dan mengibas-ngibas bajunya.Dia memeriksa sekiranya terdapat kecederaan or apa apa je lah.

''Ah , tali ni dah putus , macam mana nak jalan ni . Ouch! Sakitnya'',sambil memegang lengannya yang berdarah. 

''Sha , sha !Awak okay ke tak ni? Haikal memapah Sha bangun dan memeriksa lengan Sha .Dahinya kedut seribu kerana risau .

''Okay lah. Tak ada apa-apa pun .Jangan risau lah.Jom makan , saya lapar lah awak''.

''Macam mana awak nak jalan? Tali high heels awak dah putus.Nak saya dukung tak? Heheh '',Haikal menaik-naikkan keningnya sambil tersenyum nakal.

''Jangan nak mengada-ngada haa.Saya ada tali pinggang hitam tau !Ada juga yang mata lebam nanti'', rungut Sha. 


                 *              *           *           *          *        *
  
Mereka melangkah masuk ke dalam La Sfera ,,


"Selamat datang tuan mmm...," mulut pelayan itu ditutup oleh Haikal.


"Shhh , anggap saya pelanggan biasa je tau'',bisik Haikal kepada pelayan tanpa disedari Sha.


Mereka memilih tempat di duduk di sebelah kolam air terjun .Sha bermain-main dengan anak ikan emas dikolam itu.


''Awak nak makan apa?'', Haikal mengangkat kening.


''Erm , roti canai,nasi pattaya,nasi lemak, ikan bakar.Haha.Mana lah saya tahu'',Sha tergelak kecil.


''Oh, kenakan saya eh .Erm waiter, saya nak 2 pasta voungole n 2 fresh orange''.Pelayan itu mengambil pesanan Haikal lalu berlalu dari situ.


Sha masih lagi leka dengan anak-anak ikan emas ituu yang comel gila tahap teddy bearnya, Si Mochi. 


''Sha , saya nak pergi toilet sekejap. Awak jangan pergi mana-mana tau .Kalau makanan dah sampai , awak makan dulu, okay!''.Haikal menuju ke arah kolam itu ,


''Ikan-ikan sayang , tolong jaga cik Sha saya ni ya''.Haikal berlalu pergi...
  
Jam ditangannya asik diperhatikan.Sudah 20 minit Haikal pergi tapi tak muncul-muncul . Pasta di hadapannya pun hampir menjadi sejuk.


''So sorry, Haikal muncul secara tiba-tiba bagaikan magic . Dia menyorokkan kedua-dua belah tangannya di belakang.


''Lamanya ,awak pergi mana? Nasib baik saya tak balik tadi.Tak nak dah keluar dengan awak lagi lepas ni. Ermm,awak sorokkan ape tuh?'',Sha bernada manja dengan perasaan ingin tahu.


''Tadaaa''.


Sha terkejut. Matanya membulat 360 darjah.Mulutnya ternganga .




Bersambung....




Older Post . Newer Post