Kawasaki Ninja 3
Friday, December 2, 2011 | 0 comment(s)
Jeng jeng jeng.Haikal membawa first aid kit dan memegang bungkusan berwarna biru.Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Sha.
''Bagi sini tangan awak. Saya nak letak ubat.''Haikal bernada serius.
''Eh , tak payah laa. Its okay. Sikit je ni , lagipun dah tak sakit sangat''.
''Jangan nak mengada-ngada.Kalau tak bagi jugak , erm...saya cium awak!''.
Dengan pantas dan sepantas-pantas kilatnya , Sha menghulurkan tangan.Haikal tergelak kecil.
''Biar betul dia ni ,ah , harap-harap aku selamat''.Hati kecil Sha berteriak.
Haikal khusyuk menyapu ubat di tangan Sha. Dia cukup berhati-hati kerana tidak mahu menyakitkan wanita yang disayanginya itu.Semua pelayan memandang ke arah mereka berdua. Sha gelisah . Haikal buat bodoh jer.
''Haikal oh Haikal''
''Ye , sayang . Awak nak apa?''.
''Sekejap-sekejap. Awak paggil saya apa tadi?'',Sha terkejut beruk.
''Mana ada apa-apa.Saya cakap, awak nak apa jer''. Haikal mencebik bibirnya,
''Awak tipu kan.Saya dengar lain tadi, Ahh!''.
''Dah siap!.Haa , makan cepat pasta tuh , dah sejuk dah dia''. Mereka makan sambil gelak ketawa dan menceritakan hal peribadi masing-masing.Dari A hingga lah ke Z. ......
Haikal membuka bungkusan biru tadi. Dia menyarungkan sepasang heels berwarna turqoise pada kaki Sha. Cantik sangat . So sweet.
''Nah , khas untuk awak. Sebagai ganti rugi dan tanda penghargaan sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak , mungkin saya dah tak ada dekat dunia ni lagi'', Haikal tersenyum simpul.
''Terima kasih banyak-banyak. Tapi saya tak dapat nak terima. Hadiah ni sangat bernilai. Cukuplah dengan awak sapukan ubat ni.Lagipun saya ikhlas selamatkan awak''.
''Ambil lah. Sekali sekala apa salahnya. Kita kan kawan.Lagipun nyawa awak lagi bernilai. Terima kasih selamatkan saya''.
''Tapi kan, mana awak beli kasut ni eh, Kal ?''. Sha mengangkat-angkat keningnya.
''Saya tadi, tadi saya , haa , saya curi dekat mak cik tepi jalan tuh, hahaha''.Mereka gelak sakan sampai tak ingat dunia.
Sejak pertemuan kedua pada hari itu , mereka menjadi lebih rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.
Bersambung...